Thursday, April 9, 2009

PENUBUHAN KAWASAN RUKUN TETANGGA

Adalah dimaklumkan bahawa pada awal bulan ini, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara telah meluluskan pembentukan Kawasan Rukun Tetangga Gerbang Meru Indah, Bandar Meru Raya, Ipoh yang meliputi Gerbang Meru Indah Laluan C, GMI Laluan A, GMI Laluan G serta Bukit Meru Jati. Mesyuarat perlantikan Ahli Jawatankuasa KRT GMI telah diadakan pada 8hb. April, 2009 dan mesyuarat bersetuju sebulat suara mengekalakan barisan Jawatankuasa Penaja KRT GMI sebagai AJK penuh.

Dimaklumkan juga bahawa, mesyuarat telah menetapkan untuk menganjurkan Hari Peristiharan Kawasan Rukun Tetangga Gerbang Meru Indah pada 18hb. April, 2009 ini dan bercadang untuk menjemput, antara lainnya, YB Dato' Mohd Husni bin Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan II untuk merasmikan pembentukan KRT Gerbang Meru Indah. Disamping itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan manjoi YB Dato' Nazri Ismail, Ketua Pengarah Rukun Tetangga YBhg Dato Azman, serta Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Perak En. Alias akan turut meraikan perasmian pembentukan KRT kita ini. Pelbagai acara menarik yang tertakluk dibawah aktiviti Rukun Tetangga akan dianjurkan.

Sekelian penduduk serta keluarga GMI dari Laluan A, Laluan C, Laluan G dan Bukit Meru Jati adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi meraikan Peristiharan Pembentukan KRT kita ini.

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KALI KE-2

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Gerbang Meru Indah Fasa C telah diadakan pada 4hb. April, 2009 yang lalu. Mesyuarat diadakan berhampiran Pondok Pengawal di Laluan 4 dengan dihadiri oleh penduduk-penduduk serta ahli keluarga masing-masing.

Perkara utama mesyuarat agung ini ialah pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2009-2010. Ahli-ahli yang hadir sebulat suara telah memilih semula semua Ahli Jawatankuasa sessi 2008 untuk meneruskan tugas mereka. Disamping itu, sejumlah 14 usul pindaan undang-undang tubuh persatuan telah dibentangkan dan kesemua usul pindaan ini mendapat persetujuan sebulat suara dari ahli-ahli yang hadir.

AJK sekelian mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Persatuan yang sentiasa memberi sokongan kepada AJK dalam menjalankan tugas demi untuk kebaikan bersama.

Gambar - coming soon!!!!!!!