Sunday, August 24, 2008

SEMBELIHAN HARI RAYA KORBAN 1429

Untuk makluman setiap warga GMI FC, Persatuan akan menganjurkan upacara sembelihan korban pada Hari Raya Haji 1429 ini. 3 ekor lembu telah ditempah oleh Biro Ekonomi. Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM 300-00 seorang dengan bayaran boleh dilunaskan dalam tempoh 4 bulan mulai bulan Ogos hingga November 2008 sebanyak RM 75-00 sebulan.

Setakat ini, sejumlah 8 warga GMI FC telah mendaftar untuk menyertai program ini. Persatuan dengan sukacitanya menjemput sekelian warga GMI FC yang berminat menyertai sembelihan korban ini dengan mendaftar kepada Bendahari Persatuan.

Sunday, August 3, 2008

FROM THE EDITOR

To all GMI FC's,

Please take note that this blog is virtually created to replace our snailmail Bulettin, as promised earlier. Imstead of creating our own website, I'm opting for blogging. I hope GMI FC's will agree with me. So you would notice that all postings in this blog are all articles "directly copied" from the previous Bulettin. New articles will be posted from time to time as and when the articles, especially on us, are ready.

I would take this opportunity to invite all GMI FC's to make full use of this blog for our mutual benefits. Contributions and comments are always welcome! Please send articles for posting to the following e-mail adress : gmifc2008@gmail.com any time you wish !!!!!!!

Regards.

LAWATAN KE GUA TEMPURUNG

Persatuan bercadang untuk menganjurkan lawatan ke Gua Tempurung, Gopeng untuk meraikan anak-anak dan warga GMI Fasa C semasa cuti persekolahan bulan Mei ini nanti.

Persatuan sedang berbincang dengan pengusaha Kompleks Gua Tempurung dan maklumat lanjut akan di maklumkan terus kepada tuan/puan warga GMI Fasa C.

Gua Tempurung adalah salah satu pusat tarikan pelancong; ia mempunyai laluan-laluan gua yang amat menarik. Persatuan berharap aktiviti lawatan ini akan mendapat sambutan dari semua warga GMI Fasa C.

- KETUA BIRO SOSIAL & KOMUNITI

SENAMROBIK SETIAP AHAD

SENAMROBIK anjuran Biro Wanita diadakan pada setiap hari Ahad mulai dari 13hb. April, 2008 bertempat di Padang Laluan C1. Semua warga GMI Fasa C adalah dijemput beramai-ramai menyertai aktiviti ini.

Objektif aktiviti ini adalah untuk mengamalkan budaya hidup sihat, merapatkan hubungan sesama warga GMI Fasa C serta bersama-sama bersenam dan bersuka-ria dihujung minggu. Datanglah beramai-ramai menyertai aktiviti senamrobik ini setiap hujung minggu.

ADUAN KEPADA MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pada pagi 27hb. Januari, 2008, beberapa Ahli Jawatankuasa Persatuan yang diketuai oleh Pengerusi telah mengadakan rondaan bagi meninjau keadaan di sekeliling kawasan kediaman GMI Fasa C.

Hasil dari tinjauan tersebut Persatuan mendapati beberapa kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan yang menyedihkan. Ini termasuklah “outlet drain” di tepi-tepi jalan tersumbat dan jeriji-jeriji besi longkang didapati hilang atau dirosakkan.

Sistem peparitan diantara padang permainan Laluan C4 dan lereng bukit dipenuhi semak-samun dan tanah merah sementara rumput dan tumbuhan renek lain tumbuh melampaui pagar di unit-unit kediaman Laluan C5; papan-papan tanda jalan banyak rosak akibat vandalisma; pemotongan rumput tidak mengikut jadual; tiadanya kutipan sampah pada hari Sabtu menyebabkan sampah-sarap bertimbun di kediaman-kediaman ahli dan menyebabkan pencemaran bau serta pembiakan lalat yang berleluasa.
Yang lebih meyedihkan terjadinya banjir kilat di Laluan C1 yang mengakibatkan kediaman 44 & 46 Laluan C1 sering ditenggelami air serta lumpur tanah liat.

Persatuan telah mengemukakan lapuran dan aduan untuk perhatian Majlis Bandaraya Ipoh dan mendapat respons yang positif. MBI telah menghantar kakitangan-kakitangan penyelenggaraan mereka untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun, sehingga kini masih terdapat lagi beberapa masalah yang belum di beri perhatian sepenuhnya oleh MBI.

Lanjutan dari ini, Persatuan akan menemui Setiausaha MBI bagi mendapatkan kerjasama dari MBI untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan oleh mereka sendiri.
Disamping itu, pertemuan ini nanti akan turut menyentuh langkah-langkah jangka panjang bagi mengekang kejadian banjir kilat dari berulang di persekitaran GMI Fasa C terutama sekali di Laluan C1.

KEROSAKAN PILI BOMBA

Hasil dari tinjauan Persatuan di persekitaran kediaman GMI Fasa C pada 27hb. Januari, 2008, Persatuan mendapati tidak kurang 14 dari 16 pili bomba yang terdapat di sekitar kediaman GMI Fasa C telah rosak akibat vandalisma oleh pengutip besi-besi buruk.

Kerosakan pili bomba ini boleh memudaratkan warga GMI Fasa C sekelian sekiranya terjadinya kebakaran atau apa juga kejadian yang melibatkan penggunaan pili-pili bomba tersebut.

Bagi maksud ini, Persatuan telah menulis secara rasmi kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak memaklumkan Jabatan berkenaan mengenai kerosakan pili-pili bomba tersebut.

Persatuan berharap agar Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak dapat memulihkan atau menggantikan pili-pili yang rosak dalam masa terdekat ini.

RECYCLE

Bagi menjana dana tambahan Persatuan, aktiviti mengumpul barang-barang lusuh dari semua warga GMI Fasa C telah dimulakan.

Warga GMI Fasa C disaran menghantar barang lusuh yang tidak diperlukan termasuklah suratkhabar lama, bekas-bekas plastik, barangan kaca dan logam ke Pusat Pengumpulan di No. 47, Laluan Meru Indah C4, Gerbang Meru Indah pada bila-bila masa.

Hasil dari jualan barang-barang lusuh ini akan digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti komuniti yang sedang dirancang oleh Persatuan. Penglibatan aktif setiap warga GMI Fasa C dalam aktiviti-aktiviti anjuran Persatuan adalah diharapkan dan amat di alu-alukan.

Harap maklum.

KUTIPAN YURAN BULANAN

Kutipan yuran bulanan dari warga GMI Fasa C diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pertama setiap bulan. Bendahari Persatuan akan membuka kaunter kutipan berhampiran Pos Pengawal dari jam 8-00 pagi hingga 10-30 pagi pada hari-hari tersebut.
Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga GMI Fasa C yang sentiasa menepati jadual pembayaran yuran bulanan ini untuk manfaat bersama.
Namun, masih terdapat beberapa penduduk yang masih belum menjadi ahli Persatuan. Kepada warga GMI Fasa C yang belum menjadi ahli dan kepada warga GMI Fasa C yang baru berpindah masuk, samada tuanrumah atau sebagai penyewa, Persatuan sentiasa mengalu-alukan pendaftaran tuan/puan sebagai ahli Persatuan.
Borang Pendaftaran Keahlian boleh didapati samada dari Bendahari semasa hari-hari kutipan yuran bulanan atau pun dari Pos Pengawal.
Sebagai makluman, setakat bulan Mac, 2008 Persatuan telah mengutip yuran bulanan berjumlah RM 6,100-00. Maklumat lanjut mengenai akaun Persatuan adalah seperti lapuran kewangan di atas.
Sebarang pertanyaan mengenai kutipan yuran bulanan atau hal ehwal kewangan persatuan silalah berhubung dengan Bendahari atau mana-mana Ahli Jawatankuasa berhampiran dengan kediaman anda. Harap maklum.
- BENDAHAR

MESYUARAT BULANAN PERSATUAN

Sepanjang tempoh suku tahun pertama ini, Persatuan telah mengadakan sebanyak 3 mesyuarat bulanan jawatankuasa iaitu pada 4hb, Januari, 16hb. Januari dan 14hb. Mac.

Di mesyuarat ini, jawatankuasa membincangkan serta mengambil tindakan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan, keadaan persekitaran kediaman serta perkara-perkara lain yang berbangkit.

Disamping itu, Persatuan juga mengadakan beberapa sessi perbincangan bagi membincang serta mengambil tindakan sewajarnya bagi isu-isu yang timbul dari masa ke semasa.
In termasuklah mengenai lantikan pengawal keselamatan, penyediaan drop-gate, serta papan-papan tanda disimpang masuk ke GMI Fasa C.

Jawatankuasa juga telah melakukan tinjauan dipersekitaran GMI Fasa C pada 27hb. Januari untuk mengenal pasti pelbagai kerosakan dan kehilangan harta benda awam. Ini termasuklah kerosakan pili bomba, papan-papan tanda jalan, kehilangan jeriji longkang serta keberihan umum persekitaran GMI Fasa C.

Tindakan sewajarnya telah diambil dan dilaporkan kepada pihak-pihak berkuasa berkaitan.

PA SYSTEM

The Association has recently acquired an invaluable asset—the Public Address System. It consists of an amplifier, a mixer, 2 units of speakers, a combination of microphones and hosts of accessories that will enable us to blare throughout GMI.

The PA System is made available to Residents in need at a nominal fee. For those who are interested to use the PA System, please do not hesitate to contact our Economic Bureau Head, En. Harith Fadzillah at 9/C3 or call him 012-515 5787.

He will be glad to be of assistance to your good self !

KAWALAN KESELAMATAN

Seperti mana yang tuan-puan dapat saksikan, pos kawalan keselamatan telah siap dibina manakala drop-gate pula telah disiapkan pada 8hb. April 2008. Pemaju perumahan, PCB Development Sdn Bhd, telah bermurah hati memberi sumbangan sebanyak RM 5,000-00 bagi membiayai sebahagian kos pembangunan ini.

Pos kawalan dan pengawal keselamatan akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha menghidar apa juga bentuk kejadian jenayah dari berlaku di persekitaran GMI Fasa C. Setiap warga GMI Fasa C diharap memasang pelekat kenderaan pada kenderaan masing-masing.

BUSH FIRE BEHIND LALUAN C6

February 26 : At about 7-00 pm, our security personnel spotted bush fire spreading rapidly burning up bushes behind the row of houses along Laluan C6.
He immediately contacted the Fire and Rescue Department for assistance fearing that the bush fire might spread to the nearby houses and school . He also informed a few of our committee members about the fire. A team of fire fighters from the Pengkalan Fire and Recsue Station arrived and doused off the fire from spreading further.
We take this opportunity to thank the team of fire fighters for their immediate response and for putting down the fire. And to our security personnel, a word of thank for his alertness.

BIRO EKONOMI

Yuran bulanan yang dikutip dari warga GMI Fasa C setakat ini hanya mampu membiayai penggajian dua orang pengawal keselamatan. Persatuan juga tidak bercadang untuk menaikkan kadar yuran ini.

Bagi membiayai perbelanjaan aktiviti-aktiviti sosial dan komuniti untuk manfaat setiap warga GMI Fasa C, Persatuan perlu memikirkan kaedah-kaedah penjanaan dana tambahan.

Langkah pertama ke arah ini, Persatuan telah mengujudkan BIRO EKONOMI yang akan mengenalpasti dan melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh membantu menjana dana tambahan kepada Persatuan. Sebagai permulaan, Kempen Recycle dan Kempen Kutipan Syiling 1 Sen dari warga GMI Fasa C sekelian telah dilancarkan.

Persatuan sentiasa mengalu-alukan sumbangan idea penjanaan dana tambahan dari Warga GMI Fasa C. Bagi maksud ini, tuan/puan bolehlah berhubung dan berbincang dengan Ketua Biro Ekonomi, En. Harith Fadzillah Mat Tamin (9/C3).

BIRO KESELAMATAN

dipertanggungjawabkan mengenai hal ehwal keselamtan di GMI Fasa C. Ia memastikan pengawal keselamatan menjalankan tugas mereka dengan baik disamping mengemukakan cadangan memperbaiki sistem keselamatan dan isu-isu yang berkaitan.

Biro ini diketuai oleh En. Mohd Saari Abd Rahim (42/C1).

NOTA UNTUK AHLI

Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada semua pemilik dan penyewa kediaman di Gerbang Meru Indah Fasa C. Nombor Keahlian menggunakan alamat kediaman yang didiami; contohnya jika alamat kediaman No. 1, Laluan Meru Indah C1 maka Nombor Keahlian adalah 1/C1.

Yuran Pendaftaran pada kadar RM 50-00 setiap kediaman dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Yuran Bulanan pula pada kadar RM 25-00 sebuah rumah sebulan dibayar pada hari Sabtu & Ahad pertama setiap bulan. Persatuan berhak untuk meminda kadar yuran bulanan. Bagi maksud ini, Persatuan akan mendapatkan pandangan dan persetujuan semua warga GMI Fasa C terlebih dahulu.

Bendahari Persatuan akan membuka kaunter kutipan berhampiran Pos Keselamatan untuk mengutip yuran bulanan pada setiap hari Sabtu & Ahad pertama setiap bulan dari jam 8-00 pagi hingga 10-30 pagi. Kutipan yuran bulanan pada dasarnya adalah bagi menampong kos penggajian pengawal keselamatan dan kos-kos yang berkaitan dengannya disamping membiayai kos pentadbiran Persatuan.

2 keping pelekat pengenalan kenderaan di beri percuma kepada setiap kediaman. Pelekat tambahan boleh dibeli pada kadar RM 3-00 setiap satu melalui Bendahari atau semasa kutipan yuran bulanan diadakan. Sila lekatkan pelekat tersebut pada setiap kenderaan milik anda.

Untuk memudahkan pengumpulan maklumat, penyewa dan pemilik kediaman diharap dapat memaklumkan kepada Persatuan sekiranya berpindah keluar dari kawasan kediaman ini. Pemilik juga digalakkan memaklumkan kepada Persatuan mengenai penyewa kediaman masing-masing.

Persatuan mengalu-alukan apa juga pandangan dan pendapat bagi memperkemaskan lagi pengurusan Persatuan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara diatas atau melaporkan apa-apa masalah yang dihadapi, silalah berhubung dengan mana-mana Ahli Jawatankuasa berdekatan anda.

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera.

Warga Gerbang Meru Indah yang dihormati,

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Persatuan Penduduk yang kita sama-sama perjuangkan masih relevan dan berada di landasan yang diharapkan iaitu fokus kepada keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian.

Sempena dengan Program Jamuan Mesra pada hari ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada warga GMI yang telah memberikan kerjasama dan menunjukkan semangat kejiranan yang tinggi. Ini terbukti melalui aktiviti kutipan yuran bulanan yang dijalankan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Alhamdulillah berkat kerjasama dan kesungguhan AJK dan penduduk GMI
serta segala usaha yang kita lakukan tanpa jemu dan tidak mengenal erti putus asa telah mula membuahkan hasil.

Adalah menjadi impian setiap warga GMI untuk memastikan kes-kes jenayah di kawasan kita ini dapat dikurangkan dan kalau boleh dibenteras sama sekali. Persatuan menyedari bahawa selain aspek keselamatan yang menjadi prioriti terdapat juga aspek lain yang perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti dirancang dan juga ada yang telah dilaksanakan.
Saya amat berharap, komitmen serta kerjasama semua penduduk untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dilaksanakan demi kebaikan semua. Kita juga menyedari kita perlu bergerak kearah kecemerlangan dalam melonjakkan nama GMI Fasa C ke satu tahap yang membanggakan. Usaha ini memerlukan penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu daripada seluruh warga GMI Fasa C.

Akhir kata dari saya, “genggam bara api biarlah sampai menjadi abu” dan “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Perjalanan kita masih jauh untuk tahun 2008 ini, masih banyak cabaran onak duri yang perlu kita tempuh. Marilah kita bersatu hati, bekerjasama, tolong menolong serta berdoa agar perjuangan kita ini diberkati dan beroleh kejayaan.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

AZMI MOHD YUSOF
Pengerusi,
Persatuan Penduduk Gerbang Meru Indah Fasa C.