Sunday, August 3, 2008

NOTA UNTUK AHLI

Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada semua pemilik dan penyewa kediaman di Gerbang Meru Indah Fasa C. Nombor Keahlian menggunakan alamat kediaman yang didiami; contohnya jika alamat kediaman No. 1, Laluan Meru Indah C1 maka Nombor Keahlian adalah 1/C1.

Yuran Pendaftaran pada kadar RM 50-00 setiap kediaman dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Yuran Bulanan pula pada kadar RM 25-00 sebuah rumah sebulan dibayar pada hari Sabtu & Ahad pertama setiap bulan. Persatuan berhak untuk meminda kadar yuran bulanan. Bagi maksud ini, Persatuan akan mendapatkan pandangan dan persetujuan semua warga GMI Fasa C terlebih dahulu.

Bendahari Persatuan akan membuka kaunter kutipan berhampiran Pos Keselamatan untuk mengutip yuran bulanan pada setiap hari Sabtu & Ahad pertama setiap bulan dari jam 8-00 pagi hingga 10-30 pagi. Kutipan yuran bulanan pada dasarnya adalah bagi menampong kos penggajian pengawal keselamatan dan kos-kos yang berkaitan dengannya disamping membiayai kos pentadbiran Persatuan.

2 keping pelekat pengenalan kenderaan di beri percuma kepada setiap kediaman. Pelekat tambahan boleh dibeli pada kadar RM 3-00 setiap satu melalui Bendahari atau semasa kutipan yuran bulanan diadakan. Sila lekatkan pelekat tersebut pada setiap kenderaan milik anda.

Untuk memudahkan pengumpulan maklumat, penyewa dan pemilik kediaman diharap dapat memaklumkan kepada Persatuan sekiranya berpindah keluar dari kawasan kediaman ini. Pemilik juga digalakkan memaklumkan kepada Persatuan mengenai penyewa kediaman masing-masing.

Persatuan mengalu-alukan apa juga pandangan dan pendapat bagi memperkemaskan lagi pengurusan Persatuan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara diatas atau melaporkan apa-apa masalah yang dihadapi, silalah berhubung dengan mana-mana Ahli Jawatankuasa berdekatan anda.

No comments: