Persatuan Penduduk GMI FC telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada 19hb Syawal, 1429 bersamaan 19hb. Oktober, 2008. Tetamu khas ialah setiap warga GMI FC. Jamuan ini diadakan secara bergotong-royong dengan penyediaan menu seperti berikut :- Nasi Minyak, Kurma Kambing, Rendang Masak Minang, Dalca dan Jelatah. Turut dihidangkan juga termasuk beberapa jenis kuih-muih, lemang dan muruku.
Majlis ini mendapat sambutan yang lebih hebat berbanding sebelum ini. Persatuan mengucapkan terima kasih kepada warga GMI FC yang menyumbang tenaga, wang ringgit, peralatan memasakdan kepakaran memasak bagi menjayakan majlis ini.
Hikmah dari majlis ini dapat merapatkan silaturahim sesama warga GMI FC. Insya' Allah acara bergotong-royong seperti ini akan diadakan lagi semasa sambutan hari Raya Aidil Adha dimana kita akan mengadakan Sembelihan Korban buat julung kali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment