Monday, December 1, 2008

HARI RAYA AIDIL ADHA

Kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari Isnin 8hb. Disember, 2008. Persatuan akan menganjur Majlis Penyempurnaan Korban pada Hari Raya Haji Kedua iaitu pada 9hb. Disember, 2008 dengan penyembelihan sebanyak 3 ekor lembu yang melibatkan 21 peserta dari GMI FC. Majlis ini akan diadakan di Laluan C7 secara bergotong royong yang melibatkan semua warga GMI FC. Disamping upacara penyembelihan lembu, kita juga akan mengadakan acara memasak nasi dengan sup tulang lembu. Lain-lain lauk akan difikirkan kemudian.

Kesemua warga GMI FC adalah diharapkan turut meraikan majlis ini yang bermula dari jam 8-00 pagi hingga selesai majlis korban.

No comments: